Hari ni, pagi2 lagi Ira (pembantu saya) dah prepare brg2 nk masak bala-bala... Klu kita panggil cekodok laaa... tak byk beza bala-bala dgn cekodok / cucur udang kita... ada tambahan sikit here n there je... sedap...
Bala-bala sedia utk dimamam...
Meh kita tgk resepi dia...
Bala-bala a.k.a. cekodok...
Bahan-bahan
Bahan A
250g tepung gandum
50g carrot ]
50g kubis ] dihiris
3 batang daun sup ] halus
3 batang daun bawang ]
Bahan B
1 biji telur
secubit lada sulah
garam secukup rasa
Air secukupnya
50g udang - dipotong kasar
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
- Masukkan bahan-bahan A ke dalam mangkuk adunan
- Masukkan bahan-bahan B dan gaul sebati kesemua bahan
- Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul rata
- Masukkan udang
- Panaskan minyak
- Sudukan adunan dan goreng sehingga kekuningan
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan
Ermmm... yummy... yummy...
Jemput layan mata...
No comments:
Post a Comment